SELAMAT DATANG
Viceroy Private Wealth (VPW) – Ekosistem Kewangan Global yang dibina khusus untuk para pengurus aset bebas (IAM), penyedia perkhidmatan kewangan, jurubank persendirian, individu dan keluarga hartawan menguruskan dan mengembangkan kewangan dan aset peribadi mereka.
Ekosistem Kewangan Global kami – Pengurus kewangan dan pakar akan berkongsi idea, peluang dan padangan unik kepada klien global dimana-mana.
Platform EAM kami – menyediakan satu sistem yang menggunakan Model AOA, di mana dilengkapi dengan sistem pentadbiran komprehensif, sistem Infrastruktur terbuka dan khidmat nasihat yang flexibel serta kos penjimatan maksima. Model AOA kami juga membolehkan pengendalian perniagaan yang optimum untuk meringankan tugas-tugas pentadbiran yang rumit.
Untuk para penyelia perkhidmatan kewangan, VPW fokus terhadap pemberian bantuan kepada mereka dalam mencapai cita-cita kerjaya mereka melalui penyelesaian dan perkhidmatan terutamanya dalam pasaran sasaran dalam segmen industri yang tepat.
Khas untuk individu dan keluarga, VPW sebagai pusat yang mewujudkan kebolehlihatan, kebolehsampaian dan kebolehlaksanaan yang tiada tandingan bagi mencapai objektif kewangan mereka.
Kini, platform ini beroperasi dengan lancar di serata dunia, termasuk Hong Kong, Malaysia, Singapura, Lichtenstein dan Switzerland. Kami bergabung tenaga memperkasakan penyelesaian bertaraf dunia untuk semua individu dalam ekosistem ini.
VICEROY PRIVATE WEALTH -
ERA BAHARU DALAM PENGURUSAN KEWANGAN

Visi
Kami berhasrat menjadi ekosistem kewangan global yang diiktiraf dengan piawaian dan keterampilan etika yang tinggi – Nilai utama yang dikongsi bersama adalah berkhidmat untuk masyarakat yang semakin sedar akan manfaat perancangan kewangan melalui sumber kami.
Misi
Memudahkan pengurusan kewangan sebagai sistem yang komprehensif dan telus kepada klien kami serta masyarakat umum.
Lebih Mudah, Lebih Unggul
Tatakelakuan VPW
Penyelesaian dan Matlamat Bersama Kami
Janjian Tatakelakuan VPW – penyelesaian berorientasikan nilai. Justeru, tindakan kami diselaraskan dengan janji ini demi mencapai matlamat bersama dan manfaat jangka panjang. Berikut adalah tindakan yang berkenaan:
- Mewujudkan, mengekalkan dan meningkatkan nilai jangka masa panjang kepada syarikat, rakan niaga, klien dan kakitangan kami.
- Bertindak dengan tanggungjawab dan integriti demi pengurusan perniagaan kami atau sewaktu berurusan dengan rakan niaga kami.
- Penghargaan kepada kakitangan dan rakan sekerja secara saksama demi mewujudkan persekitaran kerja yang menarik lantas. Kami menggalak budaya korporat yang terbuka, mesra dan berteras prestasi.
- Mengekal hubungan panjang dan seimbang dengan klien serta rakan niaga kami. Budaya sama menghadapi pihak berkuasa dan pihak berkepentingan yang utama.
- Komitmen terhadap strategi jangka pendek dan jangka panjang dimana menitikberatkan kestabilan dan kualiti berbanding dengan kejayaan segera tetapi bersifat sementara.
- Mengambil risiko secara sederhana dan hanya dilaksanakan selepas penilaian yang teliti.
- Mengoptimumkan pengurusan sumber agar mencapai hasil yang terbaik.
- Giat menyumbang kepada pembangunan komuniti dan persekitaran.
Rakan Seperjuangan
Yang Boleh DipercayaiPASUKAN KAMI
Pasukan pakar kami amat komited dalam menyampaikan perkhidmatan kewangan bertaraf dunia di Asia.
PERBEZAAN KAMI
Aliran Urus Niaga
Urus niaga eksklusif melalui berbilang rakan seperjuangan bersekutu.
Arkitek Terbuka
Akses kepada semua platform dan pembekal produk utama.
Sokongan & Kepakaran Tempatan
Sokongan penuh kepada HNW dan UHNW menerusi EAM, Perkhidmatan Pejabat Keluarga, Pengurusan Aset, OCIO dan perkhidmatan lain.
Idea Taktikal
Sokongan taktikal daripada 30 bank dan broker untuk idea jual beli yang terbaik. Merangkumi semua kelas aset yang utama.
Privasi & Kerahsiaan
Kawalan aset dan keputusan secara berhati-hati dan bijaksana.
Berorientasikan Nilai
Perkhidmatan khusus individu bagi memaksimumkan nilai mengikut keperluan, objektif dan kepentingan klien.
Bebas
Tidak terikat dengan “pandangan dalaman” bank atau terpaksa mempromosikan produk.
Bersepadu
Produk dan perkhidmatan yang komprehensif menerusi pembakal dan penasihat perkhidmatan global.
Tanpa Sempadan
Akses ke pusat tempahan di Hong Kong, Malaysia, Singapura, Lichtenstein dan Switzerland.