Pewarisan & Insuran Hayat
Kami mewakili pelbagai institusi untuk menawarkan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti dalam produk yang sesuai untuk anda. Pengetahuan pasukan kami yang mendalam membolehkan kami menerokai peluang yang berbeza. Perkhidmatan yang kami tawarkan termasuklah perlindungan kesihatan dan perlindungan hayat. Kami sedia mendengar, memahami situasi anda supaya kami dapat memberikan penyelesaian yang terbaik.
Insuran Hayat
Perlindungan Hayat Universal
Apabila anda ingin mengumpul pendapatan menerusi polisi dan merancang untuk pemindahan kewangan anda, insurans hayat universal boleh menyediakan pilihan yang sesuai dengan keadaan kewangan anda yang berubah-ubah.
Sepanjang Hayat
Sebahagian daripada portfolio insurans hayat kekal dalam insurans sepanjang hayat memberi jaminan perlindungan seumur hidup anda, serta manfaat kematian yang disediakan oleh syarikat insurans untuk waris-waris anda.
Perlindungan Hayat Universal Berubah
Insurans hayat universal berubah menyediakan perlindungan kekal yang berpotensi dalam meningkatkan nilai tunai melalui pembayaran premium berjadual di samping menawarkan pelbagai pilihan peruntukan aset.
Pelan Simpanan
Pelan Simpanan menawarkan lebih banyak peluang untuk menyimpan dan mengumpul dana bagi masa hadapan. Pelan pelaburan ini membantu para individu melabur dengan cara yang sistematik dan berdisiplin bagi mencapai objektif kewangan hidup jangka pendek dan jangka panjang.
Polisi Berkaitan Pelaburan
Polisi insurans berkaitan pelaburan (ILP) ialah polisi yang mempunyai komponen perlindungan insurans dan pelaburan.
Premium digunakan untuk membayar unit dalam satu atau lebih subdana pilihan pemegang polisi. Sesetengah unit yang dibeli kemudiannya dijual untuk membayar insurans dan caj lain, sementara yang lain tetap dilaburkan.
Ciri-ciri Produk