Kepakaran
kesemua:
Anda dan Klien Anda

Apakah Itu Pengurusan Aset Luaran (EAM)?

Platform EAM Kami

EAM menyediakan perkhidmatan esklusif (private banking) kepada klien melalui strategi pelaburan yang sesuai dengan pemantauan dan peruntukan aset, termasuklah perundingan cukai, pengurusan tunai, perdagangan, perancangan hartanah dan pengurusan harta pusaka..

EAM diuruskan oleh Pengurus Aset Bebas (IAM) yang beroperasi di luar struktur tegar institusi kewangan yang besar. Berbeza dengan model bank, pengurusan EAM bebas menghasilkan penyelesaian global demi kepentingan klien.

Flesibel Tanpa Had

Kolaborasi kami dengan bank-bank dan institusi kewangan, perkhidmatan kami bersifat flesibel dan tidak terikat atau terhad dengan batasan penginstitusian tradisional. Platform EAM menyediakan penyelesaian kepada para IAM untuk meneroka revolusi baru cara perkhidmatan mereka kepada klien – justeru memacu perkembangan kewangan mereka dengan prestasi yang mengagumi berbanding sebelum ini.

Kemudahan

Selain daripada pilihan dan fleksibiliti tanpa had dalam penyelesaian kewangan kepada para pengguna sebelum ini, platform EAM juga menyediakan sistem untuk memudahkan klien yang ingin mengekalkan akaun semasa mereka walaupun sekiranya IAM mereka telah bertukar syarikat. Sedemikian, mereka elak pentadbiran yang rumit, dan dapat meneruskan perniagaan dan teruskan hubungan dengan klien mereka yang telah dibina selama ini.

Pasukan Pentadbiran & Penasihat Dalaman

Platform EAM disokong oleh pakat pentadbiran perniagaan yang berwibawa terhadap pematuhan, pengendalian dan pentadbiran – lantas menggalakkan IAM supaya memberi perhatian sepenuhnya terhadap pasaran kewangan dan menyelaraskan perancangan mereka mengutamakan kepentingan klien.
— — Model AOA kami (Administration (Pentadbiran), Open Architecture (Arkitek Terbuka), Advisory (Khidmat Nasihat)

Kami sentiasa berkhidmat untuk anda.

Proses Perkhidmatan Kami

Klien:

  • Klien memberikan Surat Kuasa Wakil Terhad (LPOA) menerang mandat budi bicara kepada IAM berkenaan matlamat pengurusan aset mereka.
  • Portfolio disesuaikan agar memenuhi keperluan klien.
  • Klien dikenakan bayaran yang telus, setara dengan perkhidmatan yang diberikan.
  • Akses kepada cadangan CIO, pilihan produk dan prospek yang tersedia sepanjang masa.

Banks:

  • Bank bertindak sebagai penjaga aset klien, menyediakan perkhidmatan pelaksanaan.
  • Klien kekal menjadi pemilik berhak mengawal sepenuhnya atas aset mereka. Tiada aset yang dipegang oleh IAM mahupun Viceroy Private Wealth.
  • IAM melaksana pesanan dagangan kepada bank mewakil pihak klien.

EAM:

  • Pelesenan Capital Markets Services (CMS) di bawah Akta Sekuriti dan Singapore Securities and futures Act (SFA), serta Fund Management (Type 9) dan Advisory (Type 4) bagi para pelabur profesional di Hong Kong.
  • Menyediakan pelbagai penyelidikan pasaran yang berkaitan dan melaksanakan perdagangan yang berhubung dengan insititusi kewangan (VPW mempunyai perjanjian dengan lebih daripada 30 institusi di peringkat global).

EAM Sebagai Peneraju Masa Depan

1. Penyelarasan Kepentingan dan Autonomi yang Lebih Baik
Akses lancar ke ekosistem institusi kewangan yang lebih luas.

2. Standard Yang Lebih Tinggi
Kebebasan dan fleksibel untuk memilih pelbagai perkhidmatan demi mencapai hasil yang mengagumi.

3. Penyelesaian Setempat
Menyatukan dan membolehkan autonomi penuh dengan pelbagai pembekal perkhidmatan.

4. Lebih Stabil
Mobiliti statik dan perkongsian yang lebih utuh.

5. Imbuhan yang Lebih Baik
Pakej imbuhan IAM yang berkadar langsung dengan pendapatan perniagaan.

Keputusan anda akan
menentukan hasil masa depanHubungi Kami